Tuesday, March 15, 2011

Sejarah Sekolah 校史


SEJARAH RINGKAS SJK(C) CHONG SAN,
SUNGAI BURUNG, 36100 BAGAN DATOH, PERAK

Sekolah ini didirikan pada tahun 1930, dan Encik Lau dianggap sebagai pengasasnya yang menamakan sekolah ini “Sekolah Chong San” iaitu sebuah sekolah persendirian.  Pada permulaannya, murid sekolah ini hanya seramai 20 orang.  Semakin lama bilangan murid pun semakin meningkat hingga 60 orang.  Encik Lim ialah guru sambilan merangkap Guru Besar yang pertama di sekolah ini.  Pada tahun 1935, Encik Lim meletakkan jawatannya dan untuk menggantikan jawatannya Encik Tan dilantik sebagai Guru Besar.

Pada tahun 1941, meletuslah Perang Dunia Kedua dan Jepun menduduki Malaya.  Di bawah permerintahan Jepun, kehidupan penduduk Malaya berubah.  Kesusahan dan kesengsaraan yang dialami telah menyebabkan sekolah ini ditutup.  Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, penduduk-penduduk yang mengutamakan pendidikan di Kampung Sungai Burung ini telah berusaha untuk membangunkan semula sekolah ini.  Selama tiga tahun mereka berusaha membina sekolah, mendapatkan Guru Besar dan pelajar.