Monday, November 28, 2011

Hari Penyampaian Hadiah Tahun 毕业暨颁奖典礼 2011

SJK (C) Chong San telah mangadakan Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah pada 11 November 2011.
双武隆中山华小在2011年11月11日举办了一年一度的毕业暨颁奖典礼。

Murid-murid mengambil tempat duduk.
Guru Besar menyampaikan ucapan.

Wednesday, November 23, 2011

Hari Kanak-kanak 儿童节庆典 2011

SJK (C) Chong San telah menyambut Hari Kanak-kanak pada 24/10/2011.
本校在2011年10月24日(星期一)举办了儿童节庆典。

Para tetamu mengambil tempat & Guru Besar berucap.

Satu pertandingan menyanyi telah dijalankan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kanak-kanak pada hari tersebut.
配合儿童节庆典,也让儿童节庆典更为热闹,学校举办了歌唱比赛。

Tuesday, November 22, 2011

Lawatan Sambil Belajar 8&9/10/2011 毕业旅行团

SJK (C) Chong San telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur selama 2 hari dari 8/10/2011 hingga 9/10/2011. Seramai 27 orang murid dan 6 orang guru telah menyertai lawatan ini.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid mengenai sains dan teknologi serta sejarah-sejarah Malaysia. Murid-murid juga berpeluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelancong-pelancong asing dengan mendapatkan autograf daripada mereka.

Pada 8/10/2011, Kami bertolak dari BaganSungai Burung agak-agak pada pukul 5.00 pagi dengan menaiki bas sekolah sewa. Tempat yang pertama kami lawati ialah kilang Yakult yang terletak di Seremban. Di situ, kami dapat mengetahui tentang cara-cara pemprosesan minuman Yakult dan kebaikan minuman tersebut kepada kita. Kami juga dapat menikmati minuman Yakult yang telah disediakan untuk kami.

Kilang Yakult di Seremban
Selepas itu, kami bertolak ke Melaka. Di situ, kami telah melawati Taman Rama-rama dan Reptilia, Zoo Melaka, Rumah Merah, Kota A' Famosa, Menara Taming Sari dan Jonker Street. Kami membeli banyak suvenir yang cantik semasa berjalan-jalan di Jonker Street walaupun hujan turun agak lebat.