SJK (C) Chong San telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur selama 2 hari dari 8/10/2011 hingga 9/10/2011. Seramai 27 orang murid dan 6 orang guru telah menyertai lawatan ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid mengenai sains dan teknologi serta sejarah-sejarah Malaysia. Murid-murid juga berpeluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelancong-pelancong asing dengan mendapatkan autograf daripada mereka.
Pada 8/10/2011, Kami bertolak dari BaganSungai Burung agak-agak pada pukul 5.00 pagi dengan menaiki bas sekolah sewa. Tempat yang pertama kami lawati ialah kilang Yakult yang terletak di Seremban. Di situ, kami dapat mengetahui tentang cara-cara pemprosesan minuman Yakult dan kebaikan minuman tersebut kepada kita. Kami juga dapat menikmati minuman Yakult yang telah disediakan untuk kami.
|
Kilang Yakult di Seremban |
Selepas itu, kami bertolak ke Melaka. Di situ, kami telah melawati Taman Rama-rama dan Reptilia, Zoo Melaka, Rumah Merah, Kota A' Famosa, Menara Taming Sari dan Jonker Street. Kami membeli banyak suvenir yang cantik semasa berjalan-jalan di Jonker Street walaupun hujan turun agak lebat.