SJK (C) Chong San telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur selama 2 hari dari 8/10/2011 hingga 9/10/2011. Seramai 27 orang murid dan 6 orang guru telah menyertai lawatan ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid mengenai sains dan teknologi serta sejarah-sejarah Malaysia. Murid-murid juga berpeluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelancong-pelancong asing dengan mendapatkan autograf daripada mereka.
Pada 8/10/2011, Kami bertolak dari BaganSungai Burung agak-agak pada pukul 5.00 pagi dengan menaiki bas sekolah sewa. Tempat yang pertama kami lawati ialah kilang Yakult yang terletak di Seremban. Di situ, kami dapat mengetahui tentang cara-cara pemprosesan minuman Yakult dan kebaikan minuman tersebut kepada kita. Kami juga dapat menikmati minuman Yakult yang telah disediakan untuk kami.
|
Kilang Yakult di Seremban |
Selepas itu, kami bertolak ke Melaka. Di situ, kami telah melawati Taman Rama-rama dan Reptilia, Zoo Melaka, Rumah Merah, Kota A' Famosa, Menara Taming Sari dan Jonker Street. Kami membeli banyak suvenir yang cantik semasa berjalan-jalan di Jonker Street walaupun hujan turun agak lebat.
|
Menara Taming Sari |
|
Kota A' Famosa |
|
Zoo Melaka |
|
Bebola Nasi Ayam |
Pada malam itu, kami semua menginap di sebuah Hotel Baba House.
Pada 9/10/2011, selepas kami bersarapan pagi, kami pun bertolak dari Melaka ke Kuala Lumpur. Mula-mula, kami dibawa ke Putrajaya untuk menikmati pemandangan dan seni bina yang unik di situ. Namun, kami hanya diberi masa setengah jam untuk singgah dan mengambil gambar di Putrajaya.
Seterusnya, kami bergerak menuju ke KLCC, Menara Berkembar Kuala Lumpur. Kami melawati PetroSains di dalam KLCC. Ciptaan- ciptaan yang kreatif di dalam PetroSains betul-betul menarik perhatian dan minat kami semua. Kami dapat melihat dan mengenali benda-benda yang kreatif, hebat dan canggih di situ. Lawatan ke PetroSains memang menyeronokkan. Selepas puas melihat dan bermain di dalam PetroSains, kami semua makan malam di Restoran McDonald's.
Kira-kira pada pukul 8.00 malam, kami pun pulang rumah dengan perasaan gembira.
Lawatan kali ini telah membawa banyak kenangan manis kepada kami semua.
Lawatan kali ini telah membawa banyak kenangan manis kepada kami semua.
ReplyDeletesaya pun berharap untuk datang ke sini.
ReplyDelete